noblescent

a personal blog

Budak 6 tahun jadi pensyarah jemputan universiti





TOLUCA, Mexico 29 April - Kecil-kecil cili padi. Ungkapan ini sesuai digunakan untuk menggambarkan kebolehan seorang kanak-kanak di Mexico yang menjadi pensyarah jemputan di universiti.


Maximiliano Arellano del la Noe cuma baru berusia enam tahun, tetapi kanak-kanak ini dianugerahkan daya ingatan yang tinggi dan mempunyai pengetahuan dalam bidang perubatan.


Kebolehan luar biasa yang dimiliki oleh de la Noe telah mendorong pusat-pusat pengajian tinggi di Mexico mengundangnya menyampaikan ceramah dalam beberapa persidangan dan juga forum perubatan.


Malah sejak berusia dua tahun lagi, kanak-kanak pintar ini telah menyampaikan ceramah mengenai topik perubatan.


Kelmarin, de la Noe telah diundang oleh Universiti Autonomi Mexico di sini untuk menyampaikan ceramah pada satu persidangan bertajuk ``Punca dan Kesan-Kesan Pereputan Tulang'' (osteoporosis) yang dianjurkan untuk pelajar-pelajar perubatannya yang tiga atau empat kali lebih tua daripadanya.


Selepas menyampaikan ceramah, universiti itu menghadiahkan sijil penghargaan kepada Maximiliano sebagai mengiktiraf kebolehannya yang luar biasa itu.


Sumber: Utusan Malaysia 30 April 2006

Sebaik-baik masa dan semahal-mahal harganya di dalam hidup seseorang manusia adalah ketika di Alam Remaja...

Comments

back to top