noblescent

a personal blog

Budak 'Sciences' vs. Budak 'Arts';

Antara Kemanisan Mimpi dan Kepahitan Realiti

http://edu.iluvislam.com
Oleh: Mohd Shazli Mohd Zaini


"Saya confuse dan keliru ler bang, nak amik course sains atau arts?'

"Abang Shazli, saya ni minat keje cikgu, tapi mak saya nak saya amik medic. Gaji bagus, keje terjamin."


"Kak Nur, saya nak tau. Kenapa org kita pandang rendah kalo kita amik degree perladangan?"


Dialog di atas adalah antara soalan-soalan yang seringkali saya dan kawan2 saya terima setiapkali saya terlibat untuk menganjurkan program-program motivasi di sekolah lama saya. Ketika musim cuti panas 2008 lepas, bersama-sama bekas rakan sekolah saya, kami telah menganjurkan Program Perkongsian Pintar @ P3 di KISAS dan SMK SG.PUSU. Feedback yang kami terima daripada pelajar dan guru-guru sangat memberangsangkan. P3 adalah sebuah program satu hari yang melibatkan bekas pelajar sekolah lama untuk menjadi facilitator dan ahli panel bagi berkongsi pengalaman dan pengetahuan mereka tentang jurusan yang mereka ambil. Bagi saya, perbezaan terbesar P3 adalah kami mendedahkan realiti situasi sebenar bergelar budak 'science' dan budak 'arts' di universiti kelak. Bak kata kawan saya;




'We go beyond the university prospectuses'


Saya masih ingat ketika Faqih, ahli panel yang mewakili pelajar Kisas yang sedang belajar di Mesir, menceritakan realiti sebenar kehidupan di Mesir. Hampir semua para pelajar tingkatan lima ketika itu tergamam dan terkejut mengetahui betapa hebatnya cabaran bagi menjadi mahasiswa atau mahasiswi di Mesir atau di Timur Tengah. Hinggakan ada seorang muslimat bangun dan mempersoalkan mengapa Faqih, memperkecilkan dan terlalu memburukkan situasi di Mesir. Seolah-olah terlalu banyak tokok-tambah dan 'exaggrate' nya. Faqih tersenyum dan membalas mudah.



[02042008080.jpg]
ketika melawat Abg Azam dan Abe di Cairo, Mesir. Satu2nya senior yg saya panggil abg atas dasar hormat dan kagum dengan dirinya. byk mengajar dan berkongsi pemikiran dengan saya ketika di KISAS dahulu. ( dari kiri, Don, Abe, Abg. Azam, saya). =).



'Sebenarnya itulah realiti. Kami para pelajar Mesir lalui setiap hari'


Menariknya, respons daripada para pelajar berbeza-beza. Ada yang berfikir dua kali dan ada pula yang tidak sabar-sabar untuk mencabar diri mereka dengan CABARAN dibumi sana. Bagi saya, itulah yang sepatutnya. Sebelum anda melangkah kaki ke univerisiti atau 'dunia selepas SPM', adalah penting, untuk anda melengkapkan diri dengan pengetahuan dan perkara yang anda SEPATUTNYA TAHU. Contohnya, kepelbagaian jurusan di universiti, suasana pembelajaran, biasiswa dan sebagainya. Jangan biarkan diri anda 'sudah terhantuk baru menyesal'. Saya sendiri selepas SPM, menghabiskan masa dengan mendapatkan maklumat pengajian universiti dari kedutaan Canada, Britain, Australia dan Maghribi dan menghadiri semua 'education fair' di sekitar KL. Keluaran kali ini akan menceritakan perbezaan antara budak 'sciences' dan budak 'arts' mengikut pandangan dan pengetahuan saya.


Mungkin persoalan pertama adalah layakkah saya utk memberikan pandangan? Siapa Shazli ni? Dia ni budak Medic ker?. Dia ni 'power' sgt ker sampai suka2 hati jer nak labelkan kita?.....


Hmm.... Persoalan ini adalah respons biasa yang saya terima daripada mereka yang kurang mengenali saya. Entahlah, bagi yang kurang mengenali saya. Nama saya Mohd Shazli Zaini. Kini sedang menuntut di Leeds University dalam course Acc Law. Persoalan yang seringkali saya terima pasal course saya ni;Saya ni amik double degree?. For the moment, my four-year degree is BA Accounting and Law, but will be changed to LLB Law and Accounting. It's a degree with double major. In short, I will cover all the Law and Accounting students' modules from Contract Law,Torts, Constitutional Law, Financial Accounting and many more. Keluarga saya mempunyai dua orang doctor ( abang dan kakak ipar saya) dan 2 engineers ( adik dan abang saya dari Universiti di Jepun). Adik beradik saya sendiri sejak dari umur 7 tahun, telah lama menceburkan diri dalam dunia 'realiti' – kami menghabiskan waktu selepas sekolah dan cuti untuk membantu keluarga dalam perniagaan sate mereka di Ampang. Pendek kata, persoalan layak atau tidak layak adalah persoalan kedua. Persoalan pertama dan paling penting adalah ; sejauh mana anda mengetahui dan memahami perbezaan realiti dan mimpi bergelar pelajar 'sciences' dan pelajar ' arts'. Ini kerana, kedua2 nya sangat berbeza.

[DSC02273.JPG]

antara skills yang saya pelajari daripada 14 tahun membantu keluarga... bagaimana menguruskan pelbagai masalah serentak. buku ini menunjukan bagaimana kami harus menyiapkan hampir 20 tempahan berbeza pada suatu masa.



Perbezaan Umum


Secara umumnya, bila memperkatakan tentang budak 'sciences', ia melibatkan para pelajar bagi jurusan tersebut;


Medics. Dentistry, Pharmacy

Engineering ( Mechanical, Electrical,etc)

Dan lain-lain

Dan budak 'arts' adalah mereka yang mengambil jurusan tersebut;


Accounting, economics, bisnes etc

Law,

Dan lain-lain



for sciences student , this pics meant black and white. but for 'arts' student, this pics will need 2,3 pages to explain... XD



Perbezaan dari sudut pemikiran


Bagi mengenali anda berada dalam kategori sains atau sastera. Adalah penting untuk anda mengetahui asas pendirian dan pemikiran anda. Budak 'sciences' lebih kepada mereka yang minat dengan sesuatu yang bersifat fakta dan konkrit.Bak kata cikgu sains saya dulu; " Pelajar sains akan seringkali mempersoalkan hukum dan kejadian alam'. Manakala; pelajar 'arts' adalah mereka yang berminat tentang sesuatu yang bersifat 'ambigious' dan fleksibel. Pelajar 'arts' akan sentiasa mempersoalkan sesuatu yang bersifat falsafah dan pemikiran. Dan logik dan pemikiran akal biasanya akan didahului berbanding fakta sains.



medics menjanjikan 1001 kepayahan dan kesusahan kepada anda. tapi, bukan masalah besar jika anda benar2 meminati jurusan ini. XD

Contoh yang paling mudah bila anda menjadi jurusan 'medics' atau jurusan 'law'. Dalam jurusan medics, anda akan belajar tentang segala fakta dan maklumat yang melibatkan badan manusia itu sendiri. Daripada simptom yang akan digunakan bagi mengenalpasti penyakit dan rawatannya. Pendek kata, anda akan menghafaz dan menghafaz dan memahami segala fakta yang bersifat konkrit dan terbukti dengan penemuan sains etc. Namun, sebaliknya , bagi pelajar 'law'; segala2nya bersifat fleksibel dan terlalu dinamik. Contohnya, dahulu masyarakat tidak akan langsung menerima hubungan 'gay' atau 'lesbian' dalam sesuatu komuniti. Kini, di UK, dengan kemajuan dan kemodenan tamadun, segala2nya berubah. Pendek kata, anda tiada fakta utk menyokong pengetahuan anda. Seperti kata lecturer Constitutional Law saya, Prof. Ian;


"One of the reason I want to be a law lecturer because I want to know more about our law. But, the more I learn, the more I don't know"


"This is because, law are meant to develop and evolve throughout the civilisation'



it's not suprising when being asked what sciences student learnt? the 1st things crossed our mind was one word. - Experiment.

Pendek kata, jika anda bukanlah seorang yang suka memahami dan membaca pandangan dan falsafah tentang sesuatu isu, menjadi budak 'arts' bukanlah suatu pilihan terbaik. Tambahan pula, jika anda bukan seperti saya, kurang meminati fakta sains atau melakukan eksperimen ( till now, i'm still confuse between mitosis dan meiosis), dan lebih kepada mempersoalkan dan memikirkan sesuatu isu, anda adalah seorang yang cenderung kepada budak 'sciences'. Saya sendiri bermula dengan meminati subjek sains dan tidak pernah 'score' kurang dari 90% utk subjek M3 dan Sains. Namun , selesai PMR, saya nekad dan seolah2 jemu utk memahami dan menerima segala fakta2 sains dan segala teori2 M3 yang seringkali saya bertanyakan kepada guru akan kegunaannya. Terutamanya yang melibatkan teori2 kompleks etc. Saya seringkali berkata kepada kawan2 saya bila mereka bertanyakan sebab saya bertukar course, jawab saya;


" Hmm... mgkn sebab bila aku tolong mak aku niaga, rasanye xder org pun akan pakai theorem utk order sate. Bleh kasi saya 20 sin sate? " ....... XD


Mungkin pandangan saya ketika itu agak sempit. Ini kerana byk teori M3 yang boleh digunakan dlm Ekonomi dan Bisnes. Contohnya 'differentiation' utk mengenalpasti maksima keuntungan sesuatu produk dan sebagainya. Namun, minda dan pemikiran saya ketika itu, sudah menolak utk menerima segala teori dan fakta sains. Saya lebih berminat sesuatu yang bersifat fleksibel,falsafah dan pemikiran. Dan juga duit ( accounting... hehehe). Kerna itu, saya tidak pernah menyesal memilih jurusan sastera ketika SPM, bahkan banyak pengetahuan ketika SPM dan A-Level dapat saya gunakan sehingga kini. Melalui pengalaman dan cerita saya, adalah penting utk anda mengetahui 'turning point' dalam hidup anda sebagai pelajar sebelum membuat keputusan menjadi budak 'science' atau budak 'arts'.



Dan 'turning point' saya bila saya sendiri sudah jemu utk menghafaz, menerima dan memahami sesuatu yang bersifat konkrit dan fakta. Ini kerana, fakta tidak akan berubah, bahkan akan sentiasa bertambah dari semasa ke semasa. Seperti pengetahuan sains anda. "Sastera' pula bersifat fleksibel dan menyentuh jauh ke dalam diri anda. Ia mungkin akan memberikan kesan besar kepada pemikiran dan cara anda membuat keputusan etc. Sesuatu yang sudah ditetapkan suatu ketika dahulu mgkn akan berubah mengikut peralihan zaman. Kerna itulah, banyak pimpinan sesuatu negara adalah mereka yang berpemikiran 'arts' daripada 'sciences'. Mungkin kerana, keanjalan dan fleksibelnya pemikiran mereka utk mengatasi kepelbagaian masalah dalam negara.


Ini kerana, dalam menyelesaikan sesuatu masalah, kadangkala fakta sains kurang membantu. Dalam subjek Organizational Behaviour, saya belajar mengenai 'social sciences' of human behaviours. Bagaimana para saintis cuba meletakkan teori dalam menentukan habits manusia. Seperti; work performance will increase by increasing salary and wages. Namun, kerana ianya bukan bersifat fakta dan konkrit. 'it won't happended like expected'. Kerna itu, bagi menyokong kepelbagaian teori dalam Ekonomi, ceteris paribus menjadi faktor utama dlm menerangkan sesuatu faktor. Ceteris Paribus adalah sesuatu teori dlm ekonomi yang membuat tanggapan bahawa faktor luaran tidak akan mempengaruhi sesuatu teori. Contohnya, teori 'work performance will increase by increasing salary and wages.' Tidak akan berlaku tanpa ceteris paribus kerana realitinya 'some workers may perhaps increase their work performance by job rotation etc'. Budak 'sciences' akan menyatakan bahawa 1+2 = 3, manakala budak 'arts' akan sentiasa mempersoalkan bagaimana 1+2=3?.




antara universiti tempatan di Malaysia. UPM. menawarkan jurusan perladangan utk degree... sangat menarik..

When and how to choose?


Persoalan kedua yang seringkali saya terima;


"bang, bila saya nak pilih course dan bagaimana nak tau saya ni 'arts' atau 'sciences'?"


Jawapan saya sama seperti yang diberikan oleh cikgu anda ( ceteris paribus....) bahawa; "you know yourself better". Anda lebih memahami diri anda . ini kerana anda sendiri yang akan menyibukkan dan 'menyusahkan' diri anda bila anda menambil jurusan sains atau sastera. Sekurang2nya, bila anda terhantuk, anda tidak akan menyesal dan mengadu kesusahan;


"Ya Allah, kalo ler aku tau camni susahnyer amik medics. Baik amik course lain jer"


"apsal ler subjek bisnes ni terlalu luas dan ambigious , semuanya bukan berdasarkan fakta. Letih ler kalo nak baca semua buku'


Tanya diri anda. Mana cenderung anda. Mana minat anda. Dan persoalan terbesar adalah ;


' bersediakah anda untuk melalui segala cabaran dan halangan dalam jurusan tersebut?"



[DSC03085.JPG]

baca 5 buku , analisis 10 journal , baca 3 buku , analisis 10 lagi journal, faham last sekali- kepahitan realiti pelajar law. =)

Pendek kata, bila dan bagaimana adalah suatu persoalan kepada diri anda. Ramai kawan saya terutama yang mengambil jurusan sains menyesal akan kesibukan dan betapa 'azab'nya terutama jika anda bergelar pelajar 'medics' di universiti. Kelas dari pagi sampai petang. Lab report etc. Seperti saya, semasa di UK, walaupun saya mengambil dua jurusan serentak, lecture saya kurang dari 8 jam seminggu dan tutorial ( kelas kecil dlm 8- 10 org) pula hanya 3 jam setiap dua minggu. Hehehe.... drawbacknya... anda harus membaca byk sgt buku dan belajar sendiri. Seperti subjek e-commerce law saya, kelas saya yang terdiri daripada pelajar degree, master dan phD diberikan sekurangnya 20 journal utk di analisis setiap kali tutorial. Buku teks pula berdasarkan kepada inisiatif kami sendiri. Pendek kata; you decide what you want to do, and how you want to do it and when you want to do it etc.


Sebahagian rakan2 saya yg tersilap memilih jurusan akan lebih merana melihat kepahitan realiti berbanding kemanisan mimpi. Benar, menjadi pelajar 'medics' cukup macho dan anggun...( dll pelajar jurusan lain gak).. XD. Terutama jika study lak kat oversea. Namun, harga yg harus dibayar terlalu mahal dan tidak ternilai. Masa yang cukup terhad, terlalu banyak perkara utk di hafal etc menyebabkan terdapat sebahagian pelajar 'sciences' menjadi fed-up dan nekad utk bertukar kepada subjek 'arts' dan vice versa. Sayang sangat, terutama jika anda sudah berada dalam tahun 2,3 pengajian anda, tiba2 anda menjadi buntu dan kelu utk menyambung pengajian anda. Anda seolah-olah sudah hilang semangat utk mengharungi ombak cabaran bergelar pelajar 'sciences' atau pelajar 'arts'.


Kesimpulan


Saya berhenti di sini, pendek kata,kerna itu, penting utk anda mengetahui bahawa Kemanisan Mimpi dan Kepahitan Realiti sangat berbeza!. Baik pelajar 'sciences' mahupun 'arts'. Kedua2nya mempunyai keunikan dan keistimewaan masing-masing. Masing-masing mempunyai kemanisan dan kepahitan berbeza. Pokoknya, jika anda berada dalam jurusan yang anda minati dan BETUL-BETUL MINATI, percayalah, bahawa realiti itu tidak terasa kepahitannya, bahkan kemanisan mimpi yang anda idamkan benar-benar boleh direalisasikan. Semoga Berjaya!

Comments

Post a Comment

Do you have any comments, concerns or inquiries? Or else, just drop me a note to say hi! :)

back to top