Author: Faaiz Al-Hijriy Posted under:
assalamualaikum ya halak..
wallah yu3thikumul 3afiah..
apa khabar sahabat2 semua moga sehat2 slalu di bawah rahmat dan kasih sayang-Nya.
sori la ya lama tak menulis, takut2 mungkin ada yg rindu..
almaklum, bahawa sy sedang memulakan sem baru,sem musim sejuk untuk tahun ketiga bagi sesi pengajian 2009-2010 ini. masyaAllah beratnya tak terkata. seolah2 kobotta(mesin pembajak sawah) nak masuk gear satu utk membajak sawah bendang padi yg 100relung luasnya.
tambah pulak baru2 ni balik raya dengan family dirumah.
sekarang walaupon dah lebih kurang 3 minggu pengajian sy masih lagi terbuai2 cendol pulut yg kempunan, pulut durian masih lg berbau dimulut, nasik lemak masih lg lekat di celah gigi.. apatah lg kekasih hati yg ditinggalkan di tanah air, bg yg ada la , bg yg tiada seperti sy ini bole la tahan. hehe
tatkala itu aku teringat, setelah bermimpi sesuatu yg mampu menyemarakkan semangat, aku teringat tentang kisah2 perang uhud. yg kita tahu sebelum ini mungkin hanya sedikit. sebenarnya byk side story yg membakar semangat jiwa2 yg hidup.
satu kisah tentang perwira front liner (barisan hadapan) rasululullah, tanker sejati, si Abu Dujanah.
seketika saat2 akhir kira2 1 jam sebelum peperangan bermula, Rasulullah s.a.w bertanya kepada para2 mujahidin disitu, dengan segenggam pedang yg siap
dihunus, tanya nabi : "siapakah yg mahu mengambil pedang ini?"
para sahabat pun berkata : " kami semua mahu mengambilnya!"
rasulullah bertanya lagi ; " siapakah yg mahu mengambil pedang ini akan tetapi dia harus menunaikan haknya?"
Abu Dujanah bertanya: "apakah hak pedang itu?"
rasulullah menjawab :" hak pedang ini ialah engkau harus menebasnkannya kepada org kafir sehingga bengkok"
kemudian Abu Dujanah mengambil pedang tersebut sambil mengatakan kesediaanya
sambil melantunkan syair :
aku lah org yg mengambil perjanjian
Dari seorang kekasihku, untuk maju ke medan tempur
Aku tidak akan berada selamanya di barisan belakang
Aku akan bertempur dengan pedang Allah dan rasul-Nya.
kemudian Abu Dujanah bertempur dengan penuh keberanian menebas pihak musuh dengan pedang tersebut sehingga pedang tu betol2 bengkok. kemudian dia kembalikan pedang yg telah bengkok itu kepada Rasulullah s.a.w.
tudia pedang nabi bengkok mera bhai. bukan sebarang kepala tak putus bleh buat. lihat lah semangat jihad para sahabat ketika itu. tatkala berderau darah2 wangi rindukan syahid mereka bertaburan berjuang bersama2 para malaikat yg turun dari langit utk turut serta berperang.
kito ni guano??
banyak lagi kisah2 sahabat nabi yg boleh dijadikan teladan. boleh meningkatkan semangat utk terus berjuang. kalau ada masa dan permintaan bleh kita cerita. baanyak lagi. yg penting moral of this story, gua tamau lu pikir sendiri, tapi gua mau kita fikir sama2
kita berjuang bai. bukan saja2 belajar susah2 nnt tua leh dapat duit byk.
kita ada pikul bisikan amanah ibubapa ditelinga kita sebelum terbang sini.Apa yg penting? bukan kerja sama seperti wonderpets.
yg paling penting ialah amanah Allah sebagai khalifah dimuka bumi ini..
wah sudah ada naik sikit semangat.
takbir!
psp : sy malas nak cakap berapi sangat, takut2 cakap tak serupa bikin. mau berapi tahap stesen petronas terbakar pon boleh sebenarnya. huhu.
ps three: juga malas ckp berbunga2 lebih2, takut2 sukar dipahami masyarakat umum.
Comments
Post a Comment
Do you have any comments, concerns or inquiries? Or else, just drop me a note to say hi! :)